pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for 2012

gravatar

Twitter
Facebook
gravatar

ADAB MENULIS KOMEN DAN STATUS DI FACEBOOK

Assalamualaikum.


Berikut merupakan antara adab-adab untuk berkomunikasi dengan orang lain sama ada di alam realiti seperti percakapan seharian atau di alam maya seperti menulis komen dan status di Facebook.



1. Ucapan bermanfaat:

- Anda mempunyai dua pilihan ketika berkomunikasi dengan orang lain, iaitu mengucapkan sesuatu yang baik atau diam. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,”Barangsiapa mengaku beriman kepada Allah dan Hari Pembalasan hendaklah dia berkata dengan baik atau memilih untuk diam.” (Riwayat Bukhari)



Twitter
Facebook
gravatar

doa dan cara menghidupkan lailatul qadar



Kelebihan Lailatul Qadar

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran  lailatul qadar itu? Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: 1-5)
Di antara keistimewaan Ramadan juga ialah adanya lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Dahulu, para sahabat mengadu kepada Nabi Muhammad SAW berkenaan dengan umur dan kesempatan untuk beribadat. Hal ini kerana umat pada zaman dahulu mempunyai jangka umur panjang yang membolehkan mereka untuk beribadat lebih lama. Disebabkan itu, para sahabat mengadu dengan baginda SAW. Maka, Allah SWT menganugerahkan satu malam yang mana sesiapa yang mendapati malam tersebut merupakan satu keuntungan yang besar bagi mereka. Malam itulah yang dinamakan lailatul qadar yang padanya lebih baik daripada 1000 bulan (iaitu 83 tahun).
Ada juga beberapa fuqaha' yang berpendapat lailatul qadar merupakan malam paling afdal daripada malam-malam lain bahkan lebih afdal daripada malam Jumaat. Hal ini kerana keistimewaan yang ada pada lailatul qadar tersebut.


Twitter
Facebook
gravatar

download kad ucapan hari raya aidilfitri 2011M/1432H dan muhasabah aidilfitri

Assalamualaikum.




Download kad ucapan Hari Raya Aidilfitri 2011M/1432H, Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kad Hari Raya Aidilfitri Online, Tempahan Kad Raya, Download Kad Raya, Kad Raya Percuma, Kad Raya Online Free Download, Tempah Kad Raya, Kad Raya Kartun, 

Selamat Hari Lebaran, Minal ‘aideen wal faaizeen… bait-bait lagu raya ini sedang berputar berulang-ulang kali di radio. Ucapan yang sama juga kerap tercoret di kad-kad raya sama ada yang bersetem, atau yang dikirim secara elektronik.

Namun, pernahkah kita benar-benar memikirkan erti di sebalik pengucapan tersebut? Terfikirkah kita betapa besarnya makna di sebalik ungkapan itu? Atau sekali lagi, ia hanya ucapan tanpa makna, seperti Assalamualaikum yang gersang dari rasa sebuah doa, atau Insya Allah yang hanya kosmetik untuk cadangan memungkiri janji? Fenomena kata-kata tanpa makna ini memang sudah lama wujud, sudah lama berlaku.

undefined
kad ucapan Hari Raya Aidilfitri2011M/1432H, Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kad Hari Raya Aidilfitri Online, Tempahan Kad Raya, Download Kad Raya, Kad Raya Percuma, Kad Raya Online Free Download, Tempah Kad Raya, Kad Raya Kartun, Ucapan Raya 

Twitter
Facebook
gravatar

Persoalan dan Pencerahan Tentang Solat Tarawih

  Assalamualaikum.
Di sini merupakan sedikit perkongsian asas mengenai solat tarawih dari segi dalil pensyariatan dan panduan cara-cara menunaikan solat sunat tarawih yang saya salin daripada blog manhal PMRAM (http://www.manhal.pmram.org/2012/07/terawih-dan-persoalan-sekitarnya.html). Harap dapat memberi manfaat kepada semua.


baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Twitter
Facebook
gravatar

bagaimana beraksi terhadap kasih sayang

Assalamualaikum.


Imam Hassan Al-Banna menulis melalui risalahnya bahawa asas dakwah Islam adalah kasih sayang. Kita menyeru manusia kepada Islam kerana kita menyayangi manusia. Kasih dan sayang yang kita perjuangkan ini bahkan melangkaui segala sempadan, meliputi alam sejagat.



Hinggalah akhirnya kita sampai kepada kemuncak rasa sayang adalah dengan menyerahkan perasaan ini semuanya kepada pencipta kita.



Twitter
Facebook
gravatar

inilah kekasih yang paling disayangi

Assalamualaikum.


Mengingatkan baginda nabi, hati saya menjadi sayu. Adakah saya dapat bersama baginda nanti?


Adakah baginda akan menerima saya yang pada ketika itu semua manusia lain selain baginda terlalu sibuk dari memikirkan selain hal dirinya sendiri?


Adakah baginda mahu memberi syafaatnya tatkala saya memohon kepada baginda yang pada ketika itu tiada lagi manusia yang dapat membantu manusia lain selain baginda?


Adakah baginda sanggup memandang wajah saya yang penuh kegelapan maksiat ini?

Sedangkan baginda adalah kekasih Allah.

Twitter
Facebook
gravatar

pekerja yang pelik

Assalamualaikum.


Binalah kekuatan menghadapi ujian hidup dengan penuh pengharapan kepada tuhan kerana Allah adalah satu-satunya yang mampu dan berkuasa untuk memberi manfaat dan menarik mudarat.


Sekiranya seluruh makhluk berkumpul untuk memberi sesuatu perkara kepada anda, perkara tersebut tidak akan terhasil langsung melainkan apabila Allah mengizinkannya terjadi.


Kuasa Allah adalah kuasa yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Sedangkan tiada suatu makhluk pun yang mampu berfikir tentang sesuatu perkara yang tiada, apatah lagi mengadakannya!


Twitter
Facebook
gravatar

apabila dia bukan jodoh anda

Assalamualaikum.


Boleh dikatakan tajuk artikel adalah termasuk di dalam perkara penjenamaan semula (rebranding) sehingga dengan mengambil berat terhadap tajuk ini akan membuatkan bahan anda akan mendapat lebih perhatian, walaupun sekejap.


Kebahagiaan anda ada bersama tuhan anda. Tiada suatu entiti lain yang mampu berkuasa untuk memberi anda rasa bahagia atau menghalangnya daripada sampai kepada anda.


Hanya Allah yang ada kuasa itu. Memberi dan menarik bahagia daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Twitter
Facebook
gravatar

senarai cadangan kitab rujukan sempena pesta buku antarabangsa 2012

Assalamualaikum.


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir di bawah kendalian Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasil Penyelidikan (MANHAL) mengeluarkan senarai kitab cadangan sebagai rujukan dalam pelbagai bidang kepada mahasiswa.


Senarai yang merangkumi kira-kira 20 bidang ilmu ini dibahagikan kepada 3 peringkat ; permulaan, pertengahan, dan pengkhususan.





Pengelasan kitab pula diletakkan mengikut tahap pembacaan berdasarkan 3 peringkat tadi.



Twitter
Facebook
gravatar

Inilah saya, anda pula siapa?


Assalamualaikum.


Pernah Tanya tak kepada diri sendiri siapa diri kita ini yang sebenar?

Maksud saya bukannya seperti diri sendiri sekadar yang teraksara di kad pengenalan - Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib, 16 Januari 1990, Kampung Keda Sungai Salleh, Serdang-Kedah, dll… tapi yang saya maksudkan adalah diri kita yang sebenar-benarnya.

Iaitu hakikat pengenalan diri kita yang sebenar.



Kalaulah pengenalan diri kita sekadar seperti yang termaktub macam yang saya tulis kat awal tadi, maka saya boleh sebutkan bahawa pengenalan diri jenis itu adalah untuk membezakan seorang manusia dengan makhluk yang lainnya.


Tiada yang istimewa.

Twitter
Facebook
gravatar

kehendak yang membahagiakan

Assalamualaikum.

Saya akan menghadapi peperiksaan pada hari Isnin depan. Satu-satunya subjek untuk semester pertama ini. Diharapkan Allah memberi saya kesempatan untuk menjadi hambaNya yang paling cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai hamba.

Tugas sebagai seorang hamba sememangnya satu tugas yang berat.

Bekerja tanpa ganjaran. Sebaliknya seorang hamba bekerja sema-mata kerana kehendak tuannya.

Malah, yang lebih dalam daripada itu, saya adalah hamba kepada tuhan, tuhan yang tiada tuhan selain Dia, iaitu Allah.

Tuhan tidak sama dengan tuan. Seberapa hebatpun seorang tuan, dia tidak ada apa-apa kelebihan jika semua orang bawahannya tidak ada. Misalannya seorang lelaki yang memiliki hamba, apabila hamba yang dimilikinya meninggal dunia, masih wujudkan kemuliaan dan kelebihannya?

Twitter
Facebook
gravatar

orang Islam yang baik

Assalamualaikum.



Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan; tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Maka dengan itu dia akan berada dalam amal-amal yang soleh dan azam kebaikan. 


Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, mengindahkan kejatuhan dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.


Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. 
undefined

Twitter
Facebook
gravatar

tanda Dia sayang

“Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?” satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

“Macam mana kalau tak betul?”

 Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

gambar hiasan ini dipetik dari sini

Twitter
Facebook
gravatar

cerita lucah - pemuda kedua mengaku diliwat anwar ibrahim

Assalamualaikum.

Pening betul rakyat Malaysia sehari dua ni bila muncul pulak lelaki kedua yang mengaku juga pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tak habis-habis cerita liwat dan lucah saja yang dimainkan sekarang ni. Lepas habis satu kes lucah, timbul pulak yang baru.

Tak ke pening jadinya.

Khabarnya lelaki kedua yang mengaku juga pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar ini adalah seorang pemuda Indonesia. Namanya yuri arianto, seperti yang tertulis dalam gambar di bawah.

Twitter
Facebook
gravatar

video youtube ucapan anwar dibebaskan kes liwat ii 9 januari 2012

Assalamualaikum.

Berikut merupakan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau dibebaskan dan diumumkan tidak bersalah dalam kes liwat saiful bukhari seperti yang diputuskan oleh hakim mahkamah tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan kesyukuran kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

DSAI juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong beliau dalam menangani isu fitnah liwat ii yang dihadapinya ini.

Twitter
Facebook
gravatar

kes fitnah liwat anwar ibrahim adalah batu nisan UMNO

Assalamualaikum.

Anwar tidak bersalah kes liwat. ulasan saya - kesilapan terbesar UMNO menjelang PRU 13

Apabila hakim mahkamah tinggi memutuskan pada pagi hening 9 Januari 2012 bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak bersalah dan perlu dibebaskan, dataran tempat letak kereta perkarangan mahkamah jalan duta riuh dengan takbir dan laungan reformasi.

Sesungguhnya ini benar-benar reformasi. Tuhan Maha mengatur, bahkan Dia sudah sedia mengatur sejak azali. Alhamdulillah.

Twitter
Facebook
gravatar

gambar, video anwar dibebaskan mahkamah putuskan tidak bersalah

Assalamualaikum

Rajin betul nak update blog hari ni. Masuk ni dah artikel ke 5 yang diterbitkan. Kali ni kita layan gambar dan video sekitar datuk seri anwar ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwatnya setelah mahkamah pada keputusan akhirnya memutuskan beliau tidak bersalah.

Berikut sebahagian gambar-gambar sekitar perhimpunan bebas anwar 901 dan jugak gambar anwar dibebaskan oleh mahkamah.

Twitter
Facebook
gravatar

Anwar dibebaskan tidak bersalah. keputusan terkini mahkamah kes liwat - nasihat kepada para penyokong

Assalamualaikum.

Tengah khusyuk update pasal berita pasal keputusan terkini mahkamah tinggi berhubung kes liwat datuk seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba pada 9. 23 pagi Malaysiakini melaporkan hakim mahkamah tinggi memutuskan DSAI tidak bersalah.

gambar ni ja dari tadi. hehe
Alhamdulillah.


Satu keputusan yang mengejutkan walaupun ini memang sepatutnya yang berlaku.

Twitter
Facebook
gravatar

lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901- update

Assalamualaikum.

Mari kita ikuti lintas langsung perhimpunan bebas anwar 901 ( 9 Januari 2012) yang pasti mendebarkan ini (AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA). hehe.

Seawal jam 5 pagi para penyokong sudah mula berhimpun di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta walaupun hujan renyai-renyai. Semangat betul belum subuh lagi tu!

Twitter
Facebook
gravatar

siaran langsung perhimpunan bebas anwar 901 live streaming

Assalamualaikum.


Tonton siaran langsung perhimpunan bebas anwar 901( 9 januari 2012) live streaming di sini (link di akhir artikel).


Mesti ramai yang tidak berpeluang menghadiri bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia yang menuntut supaya bersihkan sistem kehakiman negara melalui perhimpunan bebas anwar 901 pada pagi ni kan.


Jadi kalau yang tak berpeluang tapi masih nak tahu perkembangan terkini, anda boleh mengikutinya secara langsung dengan live streaming di sini.



UPDATE: lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901 dan perbicaraan juga dapat diikuti dari semasa ke semasa di sini, lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901- update



Twitter
Facebook
gravatar

keputusan terkini perbicaraan kes liwat anwar ibrahim - apa akan jadi kepada politik Malaysia?

Assalamualaikum.


Episod penting dalam siri perjalanan politik tanah air, keputusan mHKmH perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 akan dapat diketahui pada hari ini, 9 Januari 2012.


Sehingga artikel ini ditulis, keputusan terkini masih sama-sama dinantikan. Malah sehingga tengah malam tadi pengguna-pengguna facebook masih terus berkomen memberi pandangan keputusan yang akan dikeluarkan hari ini.


UPDATE: lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901 dan perbicaraan dapat diikuti dari semasa ke semasa di sini, lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901- update

Twitter
Facebook
gravatar

Dr Hassan Ali dipecat | PAS pecat Hassan Ali - pandangan saya

Assalamualaikum.


PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Twitter
Facebook
gravatar

cerpen | nur amalina

Petang itu petang Jumaat. Aku buka blog lagi pada petang itu. Aku lihat carta tertinggi di indeks carian google Malaysia pada hari itu masih dimonopoli dengan kata kunci perkataan amalina, amalina che bakri, nur amalina dan amalina bakri.


"Masih seperti semalam," bisik hati Aku.


Sudah dua hari Aku melihat carta carian itu menyenaraikan nama pelajar cemerlang yang pernah menjadi sebutan segenap penduduk di tanah air suatu ketika dulu. Ketika itu para guru semuanya mahu murid mereka menjadikan gadis ini sebagai contoh. Bagi mereka Nur Amalina contoh terbaik. Nur Amalina pelajar cemerlang. Tapi, betulkah dia ini pelajar cemerlang? Aku sangsi.


Aku tahu masyarakat sekarang meletakkan penanda aras kecemerlangan pelajar dengan melihat kepada bilangan A yang berbaris di lampiran sijil peperiksaan.


Aku akui untuk mendapatkan deretan A terpampang di helaian sijil itu bukan suatu perkara yang mudah. Aku sendiri hanya sekadar berbangga dengan sijil peperiksaannya yang mencatatkan 5 A dan 6 B. Itupun Aku berbangga kerana Aku tahu Aku sudah melakukannya dengan sehabis baik.

Twitter
Facebook
gravatar

biodata | sejarah hidup ustaz azhar idrus

Assalamualaikum.

Idea untuk mencari dan berkongsi biodata lengkap sejarah hidup ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja ini timbul apabila terbaca di beberapa blog yang mula memfitnah dan menanam pandangan yang serong terhadap ustaz azhar seperti mengatakan ustaz azhar sesat dan pernah berkhalwat.


Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang saya jumpa di beberapa blog.

Twitter
Facebook
gravatar

isu mahasiswa berpolitik (upsi berdarah), pandangan orang luar

Assalamualaikum.


Pada pandangan saya sebagai orang luar, berkenaan isu mahasiswa berpolitik terutamanya yang terbaru berkaitan insiden upsi berdarah, sudah sampai masanya untuk setiap pihak meluaskan cara pandang dan lebih terbuka dalam menghadapi semua keadaan. 


Masyarakat terutamanya pihak yang memegang kuasa di peringkat mana pun mereka berada sepatutnya telahpun faham bahawa corak fikir dan tindakan mahasiswa sekarang adalah berbeza.

gambar hiasan tiada kena mengena dengan mahasiswa upsi dipukul

Twitter
Facebook
gravatar

betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?

Assalamualaikum.


Sebelum ada yang emosional baca tajuk ni, saya nak perjelaskan dulu beberapa pendirian yang kita sepatutnya tahu. (Ini cuma pendirian berdasarkan pandangan dan pengetahuan saya)


Yang pertama, urusan agama kita sentiasa ada sumber dan sandarannya bila kita nak buat keputusan apa sekalipun. Makanya bila dikatakan sumber, jelas sekali hawa nafsu dan pandangan akal kita sendiri mestilah tidak kita utamakan.


Akal yang kita ada gunanya untuk mempertimbangkan segala natijah dan kemungkinan yang bakal lahir daripada tindakan-tindakan kita sendiri. Baik atau buruk kesan sesuatu amalan, akal kita sebagai sempadannya. Namun sehebat-hebat akal manusia ia masih terbatas, justeru agama datang sebagai penyelesaian segala masalah.



Twitter
Facebook
gravatar

Peringatan kepada orang Islam

Assalamualaikum.





Berilah berita gembira kepada hamba-hamba Allah yang bermaksiat bahawa Allah sentiasa ada masa untuk memaafkan mereka sekiranya mereka mencari keampunanNya.


Jangan lengah daripada mendapatkan keampunan Allah dari maksiat yang anda lakukan. Bahkan berlengah-lengah dengannya menyebabkan anda terus terperosok di dalam kekejian.


Berilah peringatan kepada hamba-hamba Allah yang taat bahawa segala amalan baik mereka hanya dipandang jika hanya Allah yang menjadi tujuan.


Jangan bangga dengan kebaikan yang anda lakukan. Bahkan berasa bangga dan puas dengan amalan walaupun apa alasannya adalah bukan dari sifat yang terpuji.

Twitter
Facebook
gravatar

tolonglah selamatkan saya daripada neraka

Assalamualaikum.


Kata Umar R.A, “hendaklah kamu memperbanyakkan diri mengingati neraka kerana kepanasannya teramat dahsyat, kedalamannya teramat jauh dan penukulnya dicipta daripada besi.”


Ya Allah, tolonglah selamatkan hambaMu ini daripada nerakaMu.


Hanya kepada engkaulah hamba memohon pertolongan. Mana lagi tempat untuk hamba mengadu jika bukan Engkau yang memandang hamba dengan pandangan RahmatMU.


Dengan kekuasaan yang Engkau miliki wahai Tuhan seluruh alam, selamatkanlah kami daripada nerakaMu.

Twitter
Facebook
gravatar

inilah makna bahagia

Assalamualaikum.


Sudah ramai yang mengulas bahagia, tetapi kali ini biarlah hamba pula yang berkata-kata.


Menghadkan bahagia terhadap kekayaan lahiriah semata-mata memang telah lama ditolak oleh manusia kebanyakan. Tetapi menghadkan bahagia kepada apa yang kelihatan di dunia, inilah yang selalu manusia banyak amalkan.


Mungkin kelihatan kejam untuk menyatakan bahawa bahagia ini tiada di dunia.


Tetapi itulah hakikatnya. Bahagia tempatnya di dalam syurga, bersama keredhaan tuhan manusia, Allah Si Pencipta bahagia.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk